HomeHome  PortalPortal  CalendarCalendar  GalleryGallery  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  
Post new topic   Reply to topic
 Lelaki, wanita dan biskut..View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Nell
Technicians Team
Technicians Team


Gender:MaleTaurusTiger
Age : 22
Joined : 23 Oct 2007
Posts : 885
Location : Black & Red World~

PostSubject: Lelaki, wanita dan biskut..   Sun 27 Apr 2008, 8:13 pm

Seorang
wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil
menunggu, dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku
cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut
mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak di sebelahnya.

Setiap
keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Di dalam
hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu. "Alangkah tak malunya
lelaki ni..... dah la tak mintak dari aku.... makan sama banyak dengan
aku pulak tu...Pencuri!! " rungut wanita itu dalam hati.

Dalam
pada itu, lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya.
Hinggalah sampai ke biskut terakhir yang terdapat dalam bungkusan itu.
Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu
mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan
separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah
namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu.

Sambil
merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya
yang masam mencuka, wanita itu berkata dalam hatinya. "Berani sungguh
lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar." kata hatinya dengan
marah.

Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga
panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik
nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu
bergerak menaiki pesawatnya.

Apabila dia sampai di tempat
duduknya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah
terkejutnya dia apabila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam
begnya dan ia masih elok belum terbuka."Jika biskut ini ada dalam beg
aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi..." getusnya. Ya.. .biskut
yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu.

Alangkah
malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu
telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir
biarpun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.

Untuk
meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana
bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia
menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar.


Moral:

Jangan buruk sangka dengan orang. Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukan dari pandangan seseorang.

_________________
Back to top Go down
Are Tan
Developer
Developer


Gender:MaleScorpioTiger
Age : 21
Joined : 26 Sep 2007
Posts : 2701
Location : LD, KK, Klang

PostSubject: Re: Lelaki, wanita dan biskut..   Sun 27 Apr 2008, 10:17 pm

malu aweks 2 .. kuikuikui
_________________


Back to top Go down
death_grunge
RAW Fanatic Member
RAW Fanatic Member


Gender:MaleGeminiDog
Age : 26
Joined : 25 Nov 2007
Posts : 1654
Location : K.L

PostSubject: Re: Lelaki, wanita dan biskut..   Tue 29 Apr 2008, 3:19 pm

bifikiran positiflah didalam hidup...
Back to top Go down
Lelaki, wanita dan biskut..View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
Raw Community :: General Chating Place-
Post new topic   Reply to topic