HomeHome  PortalPortal  CalendarCalendar  GalleryGallery  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  
Post new topic   Reply to topic
 Mimpi di senja hari..View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Nell
Technicians Team
Technicians Team


Gender:MaleTaurusTiger
Age : 22
Joined : 23 Oct 2007
Posts : 885
Location : Black & Red World~

PostSubject: Mimpi di senja hari..   Sun 27 Apr 2008, 8:19 pm

"Abang
ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan
pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya. "Cantik isteri abang
hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah, "
Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak
bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni.".

Liza
hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka
yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni,
ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru
kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada
isterinya tercinta. Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa
lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi
belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak
tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi
sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin
laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai
ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula
memecut. Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan
dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak
dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju
sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya. "Tak ada apa la
sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang,
sabar. Biar lambat tak apa.... jangan laju sangat bang, Liza takut."
Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya.

"Rileks
Liza. tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya
tanpa was-was. "Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin
setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha...
tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...."

Usin
terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.
Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya
tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!…
"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya.

Usin
membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak?
Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?
"Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya
lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang
Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza? "Usin masih
terus menangis.

PANGGG!!… Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?

"Banyak
la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la,
tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!,"emaknya
terus merungut sambil berlalu keluar.......

dan Usin tersengih
keseorangan.
Smile
_________________
Back to top Go down
4dy
RAW Senior
RAW Senior


Gender:MaleAquariusRat
Age : 24
Joined : 10 Nov 2007
Posts : 214

PostSubject: Re: Mimpi di senja hari..   Tue 29 Apr 2008, 5:54 pm

bahaya gk tdo senja2 nie..bleh eccident Smile
Back to top Go down
Mimpi di senja hari..View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
Raw Community :: Joke Collection-
Post new topic   Reply to topic